Akta Kerja 1955 menetapkan jumlah minimum cuti yang wajib diberi kepada pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pindaan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 menambah baik beberapa jenis cuti. Berikut ringkasannya.
Cuti tahunan
- Kurang daripada 2 tahun berkhidmat: 8 hari setahun
- 2 hingga kurang daripada 5 tahun: 12 hari setahun
- 5 tahun dan ke atas: 16 hari setahun
Bagi pekerja yang belum lengkap setahun bekerja, cuti tahunan dikira secara prorata mengikut bulan bekerja.
Cuti sakit
Tanpa dimasukkan ke wad
- Kurang daripada 2 tahun: 14 hari
- 2 hingga kurang daripada 5 tahun: 18 hari
- 5 tahun dan ke atas: 22 hari
Dimasukkan ke wad
Sehingga 60 hari setahun (termasuk cuti sakit biasa yang telah diambil).
Cuti bersalin dan paterniti
Sejak 2023, pekerja wanita layak mendapat 98 hari cuti bersalin, dan pekerja lelaki yang berkahwin layak mendapat 7 hari cuti paterniti berbayar, tertakluk kepada syarat dalam Akta.
Bagaimana Ketik membantu
Dalam Ketik, admin syarikat boleh menetapkan setiap jenis cuti beserta peringkat mengikut tempoh perkhidmatan. Staf nampak baki cuti mereka sebelum memohon, dan permohonan yang melebihi baki tidak boleh dihantar.
Nota: Artikel ini ialah panduan umum. Rujuk Akta Kerja 1955 dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk keadaan anda.